Beaver Properties

Edit Content

At Beaver Properties Group, we live to reimagine a future without limits. Through innovative thinking and ample possibilities, we have strived in the past two decades to serve an array of construction projects ranging from Industrial Land & Warehousing developments to Commercial units as well as Residential properties.

  • Phone

    04 - 548 5909

  • Email

    leong.my@beaver.com.my

  • Address

    28, Jalan Daya Maju, Pusat Perniagaan Daya Maju, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Muhammad Sanusi (tengah) ketika merasmikan CLQ Kulim, pada Khamis.

Kawasan industri di Kedah perlukan asrama pekerja asing

KULIM – Semua kawasan industri di Kedah yang mempunyai pekerja asing perlu menyediakan Asrama Pekerja Berpusat (CLQ) bagi mewujudkan suasana kondusif dan sistematik sekali gus mengelakkan masalah sosial dan rungutan awam.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ia juga bertujuan memenuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

“Pada masa hadapan, kita perlukan lebih banyak CLQ di semua kawasan industri (seperti) di Bukit Kayu Hitam, Padang Terap dan Gurun di mana yang perlukan penginapan kita akan tentukan depa bina CLQ.

“Dulu masa Covid-19, isu pekerja berhimpit-himpit mendatangkan bahaya,” katanya ketika merasmikan CLQ di Kulim pada Khamis.

Muhammad Sanusi berkata, usaha mewujudkan penginapan pekerja berkualiti dan selesa adalah salah satu ketetapan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di mana Malaysia antara negara berdaftar sebagai anggota ILO sejak 1957.

Muhammad Sanusi meninjau keadaan CLQ Kulim, pada Khamis.

Katanya, penyediaan penginapan pekerja kondusif ini juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampam (SDGs).

“Kita sedia maklum bahawa menempatkan pekerja bukan warga tempatan di kawasan penduduk awam yang berlainan latar belakang dalam suasana tidak begitu terurus dan terkawal telah menimbulkan pelbagai masalah sosial dan rungutan orang ramai.”

Artikel Berkaitan:

  • ‘Utamakan pekerja tempatan, elak bergantung pekerja asing’
  • Lebih 2.4 juta pekerja asing di Malaysia, 41,073 PATI
  • Pengusaha stesen minyak dibenar gajikan pekerja asing di kafe, kedai serbaneka

“Ini disebabkan perbezaan budaya dan latar belakang, justeru kewujudan asrama yang sistematik seperti ini amat diperlukan,” katanya.

Difahamkan, CLQ Kulim yang dibangunkan oleh Beaver Properties dan diuruskan Kujaya Management Sdn Bhd mampu menampung kapasiti sehingga 4,784 orang pekerja di mana fasa satu boleh memuatkan 2,560 pekerja dan fasa dua sebanyak 2,224 pekerja.

Terdahulu, sebelum lawatan ke CLQ, Muhammad Sanusi turut merasmikan sebuah kilang pembuatan yang baharu, CKD Malaysia di Kulim Hi Tech Park.

The article is taken from Sinar Harian

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Get started with your account

to save your favourite homes and more

Sign up with email

Get started with your account

to save your favourite homes and more

By clicking the «SIGN UP» button you agree to the Terms of Use and Privacy Policy
Powered by Estatik